Sunday, September 25, 2005

EMILYA ZULAIKHA (Ariff Affandy)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma.

Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.

Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi.

Namun, pilihan ada di tangan Emilya atau Asrul mahupun Farida.
Realitinya, bukan kalah atau menang, tetapi mereka harus bersatu!

Komentar:

TIADA LAGI MIMPI (Sharifah Abu Salem)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

KEMUNCULAN semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

Komentar:

KAU SAYANGKU (Bikash Nur Idris)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

Komentar:

RIA QISTINA (Bikash Nur Idris)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.

Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?

Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'

Komentar:

UNTUKMU SEGALANYA (Norhayati Berahim)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

KENANGAN cinta memang indah untuk diingati. Momen-momen manis bagai berputar di layar ingatan. Ada air mata dan ada tawa ria. Begitulah lipatan kenangan yang disimpan Atia.

Cinta Atia pada Azali, hanya bertepuk sebelah tangan. Atia kemudian mengundur diri. Orang tak sudi, dia pun tak mahu menonjol diri.

Atia kemudian berkenalan dengan Nicky, seorang lelaki lembut yang memiliki sebuah butik. Layanan dan kemesraan Nicky telah memikat hati Atia. Nicky jatuh hati pada Atia yang sangat mengambil berat tentang dirinya. Nicky berterus-terang untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi lelaki sejati.

Malangnya, hasrat pasangan kekasih ini dihalang oleh Azali dan keluarga Atia. Akhirnya, hanya surat wasiat Nicky yang ditatap oleh Atia sedangkan lelaki lembut itu sudah pergi menemui ILAHI.

Komentar:

HATI SEORANG WANITA (Norhayati Berahim)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

ATIA dilahirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.

Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

Komentar:

SUITE 1908 (Sri Diah)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

MENGISAHKAN suka duka kehidupan seorang perempuan simpanan bernama Saerah. Biarpun dia tahu cara hidupnya tidak bermoral, namun dia terpaksa kerana mahu membantu keluarga di samping dia sendiri dapat menikmati kemewahan dan glamor.

Bagaimanapun Datuk Karim tidak berlaku jujur terhadapnya. Di belakang Saerah, lelaki itu telah menjalin hubungan dengan wanita lain. Kecurangan ini terbukti dengan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Datin Kay kepada Saerah. Sejak mengetahui kecurangan lelaki itu Saerah menjauhkan dirinya. Perubahan ini menggembirakan Datin Rose, isteri Datuk Karim yang selama ini mendendaminya kerana Saerah dianggap sebagai perosak rumah tangganya. Datuk Karim menyedari kesilapannya dan berusaha mencari Saerah tetapi gagal. Biarpun hatinya masih menyayangi Datuk Karim namun Saerah terpaksa memilih satu keputusan yang muktamad. Dia harus memilih kehidupan baru yang diredhai ALLAH.

Komentar:

DENDAM MASRINI (Sri Diah)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

MASRINI datang di saat Datuk Khalil dilanda krisis. Dia berjaya membina hidup lelaki itu ke mercu kejayaan. Namun kesilapan yang sama membuatkan lelaki itu terjebak lagi. Dendam Julia pada Masrini tidak pernah padam. Dia nekad untuk menjatuhkan Masrini, merampas Datuk Khalil dan menguasai Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.

Di masa yang sama isteri Datuk Khalil, Datin Azizah menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya Profesor Hisham yang sering menagih kasih darinya sejak bertahun-tahun. Masrini tersepit dalam skandal ini kerana bujang tua itu adalah bapa saudaranya. Apakah mimpi Masrini sama dengan mimpi Julia? Bolehkah empayar bisnes yang dihajatkan oleh Datuk Khalil berada dalam rangkulannya?

Mampukah Datin Azizah menepis bunga-bunga cinta Profesor Hisham?

Komentar:

SELAMAT MALAM TAN SRI (Sri Diah)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

KEPUTUSAN Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!

Komentar:

KUALA LUMPUR DI MANA SUAMIKU (Sri Diah)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

SESEKALI bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Natasya pernah bertanya pada diri sendiri tentang harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan seorang suami. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril Ð lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.

Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa hati pada lelaki yang bukan suami? Menderhakakah dia, jika dalam kesepian, dia menyambut salam Baha yang baik dan penyayang? Dia sebenarnya penasaran, antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah. Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering
bertanya sampai bila segalanya akan ada penyudah...

Komentar:

DOSA MALAM PENGANTIN (Sri Diah)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

REYNA tidak pernah berasa bersalah apabila dia kerap menangguhkan perkahwinannya dengan Iskandar. Baginya kerjayanya sebagai model adalah lebih utama. Dunia glamor yang bergemerlapan adalah segala-gala baginya. Lagipun apa yang mereka tidak perolehi kecuali pernikahan?

Apabila Iskandar memutuskan pertunangan dan meninggalkannya, Reyna langsung tidak rasa kecewa sehinggalah bekas tunangnya itu mendampingi Maria, teman serumah Reyna! Di waktu itu barulah Reyna berpijak di bumi nyata. Kemunculan Dr. Munir dalam hidupnya memberikan cahaya. Namun hari-hari semalam sentiasa mengekori dan hari-hari esok mula menghantuinya.

Komentar:

AIR MATA KASIH (Norhayati Berahim)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

TRAGEDI 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakrulrazi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya, perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu, timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri amat memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!

TUHAN menurunkan 'petunjuk' bila Fakrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holdings milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun, usahanya itu tidak berpanjangan bila Fakrulrazi kembali!

Di manakah Farah Diba selepas ini?
Adakah dendam itu terus menjadi hitam?
Hanya lelaki itu yang dapat menjawab persoalan ini!

Komentar:

Monday, September 12, 2005

EGOIS (Norhayati Berahim )

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sebagai sahabat. Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia. Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya memang menyintai Fikri. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunanganh itu. Sebagai seorang remiser, Atia mempunyai ramai pelanggan dan salah seorangnya Lokman. Lokman seorang yang male chauvinist akhirnya jatuh cinta pada Atia namun Atia menolaknya kerana bagi dia cinta tidak semudah itu beralih arah.

Selepas emak Atia, Ralah meninggal dunia, Atia diberitahu oleh ayah mereka Ramlah mempunyai seorang kakak. Atia pergi mencari emak saudaranya yang dipanggil Mak Long mempunyai seorang anak bernama Azali.

Kerana kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Mereka tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik. Sebelum Haji Idris berkahwin dengan Ramlah, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long, emak kepada Azali. Berita tersebut membuat Atia bertambah luka dan dia membuat keputusan untuk ke luar negara mengubati hatinya yang terluka.

Mendengar berita Atia mahu meletakkan jawatan, Fikri menjadi kelam kabut. Dia mahu menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Akhirnya Fikri mahu tidak mahu terpaksa meminta bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja untuk menculik Atia.

Komentar:

Sunday, September 11, 2005

SATU JANJI (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

BALAS dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

Komentar:

Thursday, September 08, 2005

ADAM (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.

Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...

Komentar:

Satu novel yang membawa aku menjelajah ke New York untuk menjejaki detik-detik cemas apabila Hilman membawa dirinya ke NY. Jalan cerita yang menarik dan mudah difahami. Beliau membuat kajian yang mendalam untuk setiap watak bagi novel yang dihasilkannya sehingga menjadikan hasil tulisan beliau sungguh mengagumkan. Pengetahuan tentang tempat-tempat diluar negara, bagaimana beliau mengaitkan nama-nama besar di dalam novelnya dan juga dengan beberapa peristiwa benar yang berlaku. Kebanyakan novel yang dihasilkan oleh beliau berteraskan cantuman antara fakta dan imaginasinya.)

Monday, September 05, 2005

SEMANGAT HUTAN (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

BILA Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.

Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Komentar:

Wednesday, August 31, 2005

MANDATORI (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

BERMULA dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Komentar:

Novel berkisar mengenai pembunuhan dan balas dendam yang membawa kepada mimpi ngeri aku di malam hari. Tanpa belas kasihan, satu demi satu mangsa tersungkur ke bumi demi untuk menegakkan keadilan. Walau pun dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang, pepatah pahlawan masih menjadi pegangan. "Hutang darah harus dibayar dengan darah".

Aku boleh simpulkan bahawa imaginasi penulis memang kuat sehingga penulis boleh mengintepretasikan secara panjang lebar bagaimana dan dimana setiap kejadian ditulis.

Tuesday, August 30, 2005

RANGGAU (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

SATU pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama.

Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Komentar:

Sunday, August 28, 2005

TOMBIRUO (Ramlee Awang Murshid)

Image hosted by Photobucket.com
Sinopsis:

TIGA kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Komentar:

Introduction

Inilah ceritera aku dalam kehidupan aku yang serba kelam kabut. Terlalu banyak benda yang aku nak fikir. Mungkin ini sahaja caranya untuk aku bermain dengan kata-kata..